JOM MENGURUT DENGAN SHAHRIZAL
Sesiapa yang lenguh dan sengal badan, perkara yang terbaik dilakukan ialah mengurut atau refleksologi. Namun, anda perlu mencari tukang urut yang betul ada kemahiran dan pengalaman. Di Batu Kurau, seorang tukang urut OKU penglihatan, saudara Shahrizal boleh membantu anda. Shahrizal adalah pakar urut yang mendapat pengiktirafan Tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia. Shahrizal tinggal di Banggol Sebelah, Batu Kurau. Sesiapa yang berminat mendapat khidmat urutannya sila hubungi 011-23668830.