BATU KURAU BANGGA SAIFUL JADI IMAM MASJID DI USIA 24 TAHUN
Saiful Zahier bin Samsuriahasirin adalah antara yang bertuah kerana ketika usia masih muda, beliau sudah dilantik menjadi imam Masjid Alkurawi, Batu Kurau.
Warga Batu Kurau amat berbangga kerana ketika usia muda ini, Saiful sudah boleh memimpin solat jemaah (imam).
Saiful telah lulus temuduga sebagai imam pada April tahun ini di Jabatan Agama Islam Perak.
Saiful yang berasal dari Belakang Pekan, Batu Kurau ini juga pernah belajar di Pondok Sungai Bakap Pulau Pinang dan Universiti Putra Malaysia.
Semoga Saiful boleh dijadikan inspirasi dan contoh kepada anak-anak muda di Batu Kurau.
Comments
Post a Comment