PENGKAJI WARISAN DAN BUDAYA MELAYU PATANI TEMUI YB PAKLANG HASBULLAH
Masyarakat Melayu Patani berada di beberapa daerah terutamanya di negeri Perak dan Kedah yang datangnya dari negeri Pattani di selatan negara Thailand.
Angkara pergolakkan di Pattani, ramai yang lari dan berhijrah ke beberapa daerah di negeri Kedah dan Perak termasuk di Baling, Sik, Kuala Ketil, Gerik, Pengkalan Hulu, Lenggong, Selama, Kubu Gajah dan juga ramai di Batu Kurau.
Masyarakat Melayu Patani telah bertapak di sini lebih 150 tahun. Beberapa generasi juga telah dilahirkan di daerah ini dan menjadikan Batu Kurau mempunyai keunikan budaya dan warisan.
Seorang aktivis rakyat Batu Kurau, YB Ahmad Hasbullah Haji Elias, yang juga ADUN Kubu Gajah telah ditemui oleh team pengkaji warisan dan budaya Melayu Patani dari sebuah universiti di Kuala Lumpur.
YB Ahmad Hasbullah ( YB Paklang Hasbullah) adalah antara pakar dalam bidang budaya dan warisan Melayu Patani terutama di kawasan Larut ( Batu Kurau, Selama dan Kubu Gajah). Beliau banyak mengkaji susur galur generasi yang ada di daerah ini dan mengetahui banyak tentang sejarah Melayu Patani.
Semalam, YB Paklang membawa team pengkaji warisan dan budaya itu ke beberapa lokasi dan melihat sendiri beberapa warisan seperti rumah lama, dokumentasi dan beberapa yang lain di Batu Kurau dan Kubu Gajah.
Semoga usaha ini dapat membantu promosikan budaya Melayu Patani ini dan seterusnya menjadikan beberapa lokasi itu sebagai tumpuan pelancongan.
Comments
Post a Comment