MEDIA DIBAWA MELAWAT JALAN ANAK KURAU-KAMUNTING


Pada hari ini YB Dato Muhammad bin Zakaria selaku ADUN Batu Kurau yang juga Exco Pendidikan dan Teknologi Hijau Negeri Perak bersama sama Media termasuk RTM dan juga Penghulu, serta Ketua-ketua kampung telah melawat jalan baru Anak Kurau ke Kamunting yang telah sekian lama terbengkalai.

Peruntukkan untuk menyambung/membina jalan ini telah diluluskan dan akan disambung semula tidak berapa lama lagi. Ini adalah berita yang baik bagi penduduk Batu Kurau.

Salepas melawat jalan ini beliau bersama rombongan media seterusnya dibawa ke Balai Bomba Batu Kurau yang mana padang kawad nya baru saja siap dibina hasil dari peruntukkan yang diluluskan.

Beliau berterima kasih kepada semua staf Bomba yang turut disertai oleh Pasukan Bomba Sukarela yang telah membuat kejutan mengadakan Latihan Kebakaran sebagi gimit perasmian dataran ini.

Sebagai mengakhiri lawatan pada tengahari tadi para petugas media dan ketua ketua kampung telah dibawa ke Kampung Air Hitam, Batu Kurau dimana disitu mereka telah dihidangkan dengan menu yang dianggap istimewa iaitu durian bersama pulut yang mana makanan ini bolehlah dianggap makanan teradisi orang orang Batu Kurau.

Sebelum mengakhiri lawatan YB Dato telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada Petugas petugas Media, Balai Bomba Batu Kurau, Penghulu Mukim, Ketua Ketua Kampung DUN Batu Kurau dan Persatuan Veteran ATM Batu Kurau kerana turut serta dalam program yang diadakan pada hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

TELUR PINDANG BANTU HASILKAN KESIHATAN YANG BAIK- IDRIS

PENGKAJI WARISAN DAN BUDAYA MELAYU PATANI TEMUI YB PAKLANG HASBULLAH