PROGRAM RAKAN STRATEGIK RUNGKAI PERMASALAHAN DI BATU KURAU
Pada 17 November 2017 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Dato Seri Kamaruddin, Batu Kurau YB Dato Dr Muhammad Amin Zakaria, ADUN Batu Kurau yang juga Exco Pendidikan dan Teknologi Hijau Negeri Perak telah merasmikan Program Rakan Strategik.
Program ini merupakan julung-julung diadakan dan ia melibatkan Pengerusi JKKK berserta JKKK, agensi kerajaan, pemimpin serta masyarakat DUN Batu Kurau.
Dalam program ini semua yang hadir diberi peluang untuk mengemukakan apa jua soalan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Batu Kurau. Setiap soalan yang diajukan akan dijawab oleh ketua-ketua jabatan yang hadir atau wakil dari jabatan yang dapat memberi kata putus terhadap soalan yang dikemukakan.
Banyak perkara dapat diatasi dan jawapan jawapan yang dikemukakan telah dijawab tanpa menimbulkan perbalahan yang dapat mengeruhkan suasana.
Menurut Ketua Kampung Pantai Besar, Encik Hazani, program sebegini amat baik dan perlu diadakan kerana ianya dapat memberi manfaat pada semua. Beliau seterus mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB ADUN yang amat prihatin mengenai perkara ini juga kepada ketua-ketua jabatan atau wakil yang dapat merungkaikan persoalan dengan baik dan cemerlang.
Comments
Post a Comment