PADANG KAWAD BOMBA BATU KURAU SEDANG DALAM PEMBINAAN
Hasil tinjauan Adun Batu Kurau, YB Dr Muhammad Amin Zakaria ke Balai Bomba Batu Kurau tempohari untuk merealisasikan padang kawad bagi kegunaan anggota Bomba Batu Kurau, hari ini ianya menjadi kenyataan apabila padang kawad itu sekarang sedang dibina.
YB Muhammad Amin sebelum ini berusaha untuk mendapatkan dana bagi pembinaan padang kawad dan pemohonan itu diluluskan dengan segera.
Balai Bomba Batu Kurau yang menjadi harapan penduduk Batu Kurau sejak sekian lama akhirnya berdiri megah sebagai mercu tanda pembangunan sedang berjalan di daerah ini.
Kini, Batu Kurau tidak perlu lagi mengharapkan bantuan dari Bomba dan Penyelamat dari luar apabila berlaku sebarang kebakaran atau kecemasan kerana sudah mempunyai balai Bomba sendiri.
Comments
Post a Comment