Posts

JOM MENGURUT DENGAN SHAHRIZAL

Sesiapa yang lenguh dan sengal badan, perkara yang terbaik dilakukan ialah mengurut atau refleksologi. Namun, anda perlu mencari tukang urut yang betul ada kemahiran dan pengalaman. Di Batu Kurau, seorang tukang urut OKU penglihatan, saudara Shahrizal boleh membantu anda. Shahrizal adalah pakar urut yang mendapat pengiktirafan Tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia. Shahrizal tinggal di Banggol Sebelah, Batu Kurau. Sesiapa yang berminat mendapat khidmat urutannya sila hubungi 011-23668830.

MENTERI BESAR SELANGOR, DATO SERI AZMIN ALI, ZIARAH DUN BATU KURAU

Jelajah KEADILAN Peduli Rakyat bersama Menteri Besar Selangor Dato Seri Azmin Ali Di DUN Batu Kurau pada 16 November 2017. Jemput hadir bersama Solat Maghrib dan Kenduri Rakyat di Surau Al Yusof Taman Kota Wira Batu Kurau.

RAYUAN PENCINTA KUCING: KUT KUT CHIKO NI TERLEPAS SAMPAI KE BATU KURAU

Saya merayu jika anda sedang bela Chiko kerana anda ingat Chiko kucing jalanan atau ada orang beri atau jual Chiko kepada anda, tolong beritahu saya. Saya tak akan ambil Chiko kembali, saya cuma nak tahu yang Chiko sihat dan selamat. Hidup saya merana berbulan cari Chiko kerana saya rasa sungguh berdosa dan bersalah terhadap Chiko walaupun orang yang adopt Chiko dari saya yang hilang Chiko. Nama: Chiko Jantina: Jantan Umur: 2 tahun Jenis: Domestic Short Hair, Ekor: Panjang. Hilang di Lorong Tanjong, Kampung Tanjung Bendahara, Alor Setar, Kedah, sebelum puasa 2017. Kalau ada apa-apa makulumat mengenai Chiko, sila hubungi 017-4791124, ganjaran yang lumayan akan diberi kepada sesiapa yang jumpa Chiko. Terima kasih.

PADANG KAWAD BOMBA BATU KURAU SEDANG DALAM PEMBINAAN

Hasil tinjauan Adun Batu Kurau, YB Dr Muhammad Amin Zakaria ke Balai Bomba Batu Kurau tempohari untuk merealisasikan padang kawad bagi kegunaan anggota Bomba Batu Kurau, hari ini ianya menjadi kenyataan apabila padang kawad itu sekarang sedang dibina. YB Muhammad Amin sebelum ini berusaha untuk mendapatkan dana bagi pembinaan padang kawad dan pemohonan itu diluluskan dengan segera. Balai Bomba Batu Kurau yang menjadi harapan penduduk Batu Kurau sejak sekian lama akhirnya berdiri megah sebagai mercu tanda pembangunan sedang berjalan di daerah ini. Kini, Batu Kurau tidak perlu lagi mengharapkan bantuan dari Bomba dan Penyelamat dari luar apabila berlaku sebarang kebakaran atau kecemasan kerana sudah mempunyai balai Bomba sendiri.

MEDIA DIBAWA MELAWAT JALAN ANAK KURAU-KAMUNTING

Pada hari ini YB Dato Muhammad bin Zakaria selaku ADUN Batu Kurau yang juga Exco Pendidikan dan Teknologi Hijau Negeri Perak bersama sama Media termasuk RTM dan juga Penghulu, serta Ketua-ketua kampung telah melawat jalan baru Anak Kurau ke Kamunting yang telah sekian lama terbengkalai. Peruntukkan untuk menyambung/membina jalan ini telah diluluskan dan akan disambung semula tidak berapa lama lagi. Ini adalah berita yang baik bagi penduduk Batu Kurau. Salepas melawat jalan ini beliau bersama rombongan media seterusnya dibawa ke Balai Bomba Batu Kurau yang mana padang kawad nya baru saja siap dibina hasil dari peruntukkan yang diluluskan. Beliau berterima kasih kepada semua staf Bomba yang turut disertai oleh Pasukan Bomba Sukarela yang telah membuat kejutan mengadakan Latihan Kebakaran sebagi gimit perasmian dataran ini. Sebagai mengakhiri lawatan pada tengahari tadi para petugas media dan ketua ketua kampung telah dibawa ke Kampung Air Hitam, Batu Kurau dimana disi...

PROGRAM RAKAN STRATEGIK RUNGKAI PERMASALAHAN DI BATU KURAU

Pada 17 November 2017 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Dato Seri Kamaruddin, Batu Kurau YB Dato Dr Muhammad Amin Zakaria, ADUN Batu Kurau yang juga Exco Pendidikan dan Teknologi Hijau Negeri Perak telah merasmikan Program Rakan Strategik. Program ini merupakan julung-julung diadakan dan ia melibatkan Pengerusi JKKK berserta JKKK, agensi kerajaan, pemimpin serta masyarakat DUN Batu Kurau. Dalam program ini semua yang hadir diberi peluang untuk mengemukakan apa jua soalan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Batu Kurau. Setiap soalan yang diajukan akan dijawab oleh ketua-ketua jabatan yang hadir atau wakil dari jabatan yang dapat memberi kata putus terhadap soalan yang dikemukakan. Banyak perkara dapat diatasi dan jawapan jawapan yang dikemukakan telah dijawab tanpa menimbulkan perbalahan yang dapat mengeruhkan suasana. Menurut Ketua Kampung Pantai Besar, Encik Hazani, program sebegini amat baik dan perlu diadakan kerana ianya dapat memberi manfaat pada semua. Be...

PENGKAJI WARISAN DAN BUDAYA MELAYU PATANI TEMUI YB PAKLANG HASBULLAH

Masyarakat Melayu Patani berada di beberapa daerah terutamanya di negeri Perak dan Kedah yang datangnya dari negeri Pattani di selatan negara Thailand. Angkara pergolakkan di Pattani, ramai yang lari dan berhijrah ke beberapa daerah di negeri Kedah dan Perak termasuk di Baling, Sik, Kuala Ketil, Gerik, Pengkalan Hulu, Lenggong, Selama, Kubu Gajah dan juga ramai di Batu Kurau. Masyarakat Melayu Patani telah bertapak di sini lebih 150 tahun. Beberapa generasi juga telah dilahirkan di daerah ini dan menjadikan Batu Kurau mempunyai keunikan budaya dan warisan. Seorang aktivis rakyat Batu Kurau, YB Ahmad Hasbullah Haji Elias, yang juga ADUN Kubu Gajah telah ditemui oleh team pengkaji warisan dan budaya Melayu Patani dari sebuah universiti di Kuala Lumpur. YB Ahmad Hasbullah ( YB Paklang Hasbullah) adalah antara pakar dalam bidang budaya dan warisan Melayu Patani terutama di kawasan Larut ( Batu Kurau, Selama dan Kubu Gajah). Beliau banyak mengkaji susur galur generasi ya...